SABTU, 23 APR 2015
6.30a.m, KOLEJ KEDIAMAN, UM,
Perjalanan "KEM SMART IBADAH" ini bermula pada waktu pagi2 ni. Cadangnya akan bergerak bersama-sama tapi sebuah kereta mengalami masalah pagi tu. Jadi hanya 2 buah kereta yang bergerak dulu untuk pergi ke lokasi berkenaan.
7.30a.m, MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Kami mula "setting" tempat untuk pendaftaran ibubapa serta peserta. Alhamdulillah persiapan yang cukup lengkap telah kami sediakan pada malam sebelum bergerak. "Around" pukul 8.00a.m, telah datang beberapa ibubapa dengan peserta untuk mendaftar walaupun sepatutnya pendaftaran bermula pada pukul 9.00a.m. Sepanjang pendaftaran tiada sebarang masalah, dan para peserta juga kelihatan agak seronok untuk mengikuti program yang telah kami susun sepanjang 2 hari ini. Alhamdulillah sangat2....
9.45A.M, MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Maka bermulalah program ini. Setelah semua peserta telah mendaftar, kami mengumpulkan mereka di dewan masjid. Ucapan telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid tersebut bagi memudahkan segala urusan kami serta peserta sepanjang 2 hari ini. Sesi perkenalan antara fesi2 merupakan slot pertama kami. kemudian untuk mengenali para peserta ini kami telah membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan mengikut kategori tertentu. Ini merupakan "game" pertama untuk peserta, bagaimana mereka perlu mendengar dengan jelas suara bagi setiap kumpulan mereka. Alhamdulillah... 5 kumpulan telah pun berjaya dibentuk hanya dalam masa tak sampai 10 MINIT !!! Syabas adik-adik!
Slot seterusnya barulah kami masuk kepada bab ibadah seperti cara-cara soalt yang betul. kami telah membahagikan mengikut LDK tertentu. Untuk LDK pertama ini, kami tumpukan kepada bab "WUDUK". Dimana para peserta telah diberikan penjelasan tentang berwuduk ini serta ada sedikit perkongsian video untuk tontonan kepada para peserta. Selepas itu mereka akan membuat praktikal wuduk mengikut fesi2 mereka. Ldk 1 ini tamat pada pukul 11.30a.m.
12.00a.m, DEWAN MASJID al-IRSAYD, SUBANG,
LUNCH TIME !! ok, tepat pukul 12p.m, kami telah lepaskan para peserta ini untuk makan tengah hari. Macam biasa, budak2, kalau dapat makan dan kena pada waktu lapar mereka, memang kita tak mampu untuk halang. Jadi, this is our bad, tak dapat nak handle peserta untuk "behave" waktu makan. Tapi selepas Tu, kami dah dapat idea macam mana nank handle budak-budak ni. (hehe) Abis je makan, mereka sudah bersiap untuk solat berjemaah yang diketuai salah sorang dari kami. Alhamdulillah selesai untuk makan tengah hari dan "lunch".
2.30p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Bermula LDK ke-2 kami, iaitu "JOM SOLAT". Kalau ikutkan masa ni kami paling risau. Risau budak-budak ni tak boleh fokus sebabnya baru lepas makan tengah hari katakan. Tapi alhamdulillah, mereka semua ok dan masih semangat lagi untuk teruskan LDK 2 ini. Macam biasa, penerangan berkenaan solat yang betul ni telah diterangkan oleh salah sorang dari fesi yang bertugas untuk "handle" LDK 2 ni. Tepat jam 3.30p.m, LDK ni tamat selepas peserta membuat praktikal dan tasmik bacaan dalam solat.
4.30p.m, MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Para peserta bersiap sedia untuk soalt berjemaah sekali lagi sebelum minum petang. Selesai soalt berjemaah, mereka diberikan minum petang sebelum melakukan sedikit riadah petang tu. Maklumlah dah seharian belajar, so kami bagi budak-budak ini enjoy. Antara aktiviti petang yang telah kami sediakan ialah, cari gula-gula dalam trpung dan isi air dalam botol. Alhamdulillah mereka terhibur walaupun permainan tu yang pernah mereka main disekolah mungkin?? (hihi)
6.00p.m, BILIK MANDI MASJID, SUBANG,
Kami telah lepaskan mereka untuk hemat diri. Beberapa orang fesi memantau segala pergerakan mereka supaya tiada istilah gaduh-gaduh ini wujud sewaktu mandi, Maklumlah mandi di masjid, bilik air bukan banyak pun jadi mereka terpaksa tunggu "turn" masing-masing. Perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki.
7.00p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Mereka telah bersiap-siap untuk solat berjemaah maghrib. Alhmdulillah, masing-masing dah tahu apa yang mereka patut buat, seperti susun sejadah untuk imam dan juga makmum. Kami mula solat berjemaah. Sepatutnya mereka makan malam pada pukul 6.00p.m itu, tapi disebabkan makan malam lambat sampai, jadinya kami terpaksa "drag" masa tu. Nasib baik lah mereka boleh tahan lapar.(haha)
7.30p.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Kami telah lepaskan mereka mengikut kumpulan. Alhmdulillah menu malam itu nampak sedap. Berselera mereka serta fesi makan tu malam tu. Alhamdulillah ya ALLAH untuk rezeki-MU itu. Selepas makan, mereka berkumpul semula dalam dewan untuk mendengar tazkirah. Bukan tazkirah sangat sebenarnya, lebih kepda bercerita tentang kisah-kisah Nabi sementara menunggu waktu Isyak. 8.45p.m,kami solat berjemaah sekali lagi.
9.15p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selesai mengemas sejadah semua, maka bermulalah aktiviti malam tu. Masa ni dah mulalah budak-budak tu mintak tidur..Ushh, kami tengok jam, awal lagi ni belum waktu tidur. Ok, "next" kami buat aktiviti perkongsian lebih pada "sharing moment". Bercerita, menonton video berkenaan kisah-kisah sarjana Muslim. Alhmdulillah dalam mengeluh mereka tu ada juga menunjukkan minat untuk mendengar. Syukur sangat. Sambil bagi mereka makan ringan-ringan macam roti tu alaa ni kira macam tengok wayang sambil makan "pop-corn" lah. (hhihi)
10.00p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Ok, cukup setakat tu je aktiviti kami untuk seharian ni. Kesian dekat budak-budak tu. Abis kami lanjan mereka cukup-cukup seharian ni, sampai ke malam aktivitinya. Konpem penad, jadi tepat jam 10 malam, kami "prepare" tempat mereka untuk tidur. Kemainlah seronok dah sampai waktu tidurkan. Tapi agak payah gak nk tidurkan budak-budak ni, sebabnya ada je benda mereka nak bercerita. Pada hal tak sedar tu, esok pagi nak kena bangun awal (hehe). Haishhh dah nama pun budak-budak kan, kami bagi ruang untuk mereka bercerita sampai lah mereka tidur sendiri. LAMPU PADAM.
10.30p.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Siapa cakap fesi pun tidur time ni? Kami mulakan "post mortem" kami malam tu jugak. Segala masalah berbangkit kami cuba bincang dan cari penyelesaian pada malam tu juga. Lama juga lah sebab nya bersiap utuk esok juga, Susun atur untuk program penutup pada petang esoknya. Alhamdulillah dalam pukul 12.00a.m, selesai sudah "post mortem' kami ni. Maka kami pun dapat tidur dengan tenangnya dan perlu simpan tenaga untuk hari esoknya. GELAP.
AHAD, 24 APR 2016
4.30a.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
KRINGGGG !! ok, jam dah berbunyi.Masa unruk kejutkan semua orang bangun. Mula-mula kami yang fesi ni fikir, susah kot nak kejut budak-budak ni bagun pagi. Maklum lah kat rumah tak pernah bagun seawal tu. Kalau nak pergi sekolah pun "around" pukul 6,00a.m baru bagun. Tambah-tambah lagi "weekend" lak hari ni. Tapi "expectation" kami tu ternyata SALAH. Budak- budak ni rupa nya senang je nak bangun pagi. Alhamdulillah.
5.15a.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selepas mereka bangun dan bersiap sedia dengan wuduk.Kami mulakan solat dengan solat sunat tahajut. Selepas itu diikuti dengan solat sunat yang lain. Alhamdulillah semua peserta melibatkan diri dalam Qiam ni. Selepas qiam selesai, macam biasa kami berzikir sementara menungguh azan subuh berkumandang. kemudian kami solat subuh secara berjemaah.
7.00a.m, PADANG MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Setelah selesai sesi tazkirah, kami meminta para peserta untuk menyalin pakaian mereka kepada pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti pada pagi itu. Sedikit senaman pagi telah dilakukan di padang luar masjid. Senaman pagi ini telah dikendalikan salah seorang daripada kami. Semetara fesi yang lain bersiap untuk sarapan pagi dan ada juga yang membantu dari segi persediaan untuk LDK 3.
7.30a.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selesai sarapan, mereka telah diberi taklimat untuk LDK 3 iaitu "JOM KEMBARA". Aktiviti ni lebih kepada "explorace" sebenarnya. Pada awalnya kami hanya nak buat permainanbiasa-biasa sahaja maklum lah hari "last" dalam kem, so nk bagi budak-budak ini enjoy. Tapi pengarah yang mintya untuk dibuat aktiviti yang dapat "recall" wsepanjang 2 hari mereka ikuti kem ni. So, kami pun buat lah aktiviti ni. Alhmdulillah, mereka faham bagaimana aktiviti ni bergerak.
8.30a.m, DATARAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selepas diberi rehat beberapa minit, kami mula mengumpulkan para peserta untuk LDK seterusnya ni. Kami lepaskan mereka mengikut kumpulan dan setiap mkumpulan akan pergi ke tempat masing-masing mengikut "clue" yang telah diberikan. Dan di tempat "check point" tersebut mereka perlu melakukan beberapa aktiviti mengikut arahan fesi yang jaga tempat tersebut. Antara aktivitinya ialah seperti, Rukun Solat, Wuduk, Teka Perkataan, Bilangan Solat, dan Dadu Gergasi. Alhamdulillah setiap kumpulan dapat menyelesaikan aktiviti ni dengan jayanya. SYABAS adik-adik!
10.00a.m, BILIK MANDI MASJID
Tamat sudah LDK 3 yeahhh! Opss, belum habis lagi. Ok, untuk majlis penutup pula. Sebelum tu, selepas budak-budak ni rehat keringkan peluh semua, baru kami benarkan mereka untuk mandi. Seperti biasa, ada beberapa orang fesi yang akan memantau pergerakkan peserta. Mereka bersiap dengan berbaju kurung bagi perempuan dan kemeja atau baju melayu bagi lelaki. Alhmdulillah selesai untuk pakaian peserta. Kemudia kami bagi sedikit taklimat sepanjang perjalanan program untuk petang itu. Alhmdulillah semua memberi respon ynag baik. Tapi baru lagi, kami tak boleh nak "expect" petang tu program berjalan dengan jaya nya lagi. Kita kena lihat macam mana keadaan mereka pada waktu petang tu.
11.00a.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Masa untuk minumpagi. Kesian mereka sebenarnya, makanan untuk minum pagi tu tak disediakan oleh pihak sponser. Mereka salah maklum tapi nasib baik lah kami dapat "back-up" dengan roti dan alhamdulillah siak masjid pun turut membantu kami pada pagi tu untuk penyediaan air.
12.30p.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
LUNCH TIME AGAIN, mungkin yang terakhir. Ok. kali ni terasa sikit sebab budak-budak ni baru mula nak bermanja dengan kita. Suap-menyuap diantara peserta dan fesi. Agak hiba bila terkenangkan peristiwa ni. Moga Allah rahmati program kami ni. AMIIN.
2.30p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG
Maka inilah detik-detik yang di nanti-nantikan. Semua peserta menanti kehadiran ibu bapa mereka. Sementara itu, persiapan tempat duduk untuk para ibu bapa sudah pun tersedia hanya menanti kehadiran vip, tak adalah vip sangat tapi menanti penyelaras kami, iaitu Dr. Asyiqin. Selepas kehadiran penyelaras kami serta nazir masjid, maka majlis pun bermula dengan ucapan aluan dari pengarah program kami iaitu Abdul Halim Hafiz serta diikuti penyelaras program Dr. Asyiqin dan juga Nazir Masjid.
Selepas selesai ucapan aluan, seterusnya sesi penyerahan sijil penyertaan dan sedikit cenderahati kepada peserta serta pihak masjid dan tak lupa kepada sponser makan minum kami di sana. Akhir sekali, persembahan spontan sebenarnya dari peserta kepda ibu bapa masig-masing. "Unexpected" sebabnya kami "just" tunjuk persembahan tu, sekali dua je pada budak-budak tu. Tapi dah namanya budak, dan akal masih "fresh orang kata, benda baru mudah je depa nak ingat, ye idok? Alhamdulillah persembahan yang tak dijangka itu berakhir dengan baik sekali. TERIMA KASIH SEMUA <3
4.15p.m, MASJID al-IRSYAD, SUBANG
Berakhir sudah program kami iaitu "KEM SMART IBADAH" menarik tak? Sesi terakhir iaitu bergambar bersama para peserta serta bersalaman sebelum berpisah. Alhamdulillah semua masih ingat lagi nama-nama fesi itu yang PENTING ! (haha) Terima Kasih tak terhingga kami ucapan kepada AJK Masjid al-Irsyad yang sudi membantu dan paling penting memberi kami peluang untuk mengadakan program sebergini. Alhamdulillah...Syukur ya Rabb.
5.00p.m, DATARAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Sebelum kami melabuhkan tirai, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program kami ni. Walaupun ini merupakan program pertama yang dikendalikan kami, tapi kepercayaan yang ada dalam diri tiap ibu bapa peserta amat kami hargai dan kagum. Terima Kasih semua ! Dengan ini, saya mengumumkan "KEM SMART IBADAH" sesi 2015/2016 melabuhkan tirai nya tepat jam 5.30p.m bersamaan hari Ahad, 25 Apr 2016. THE END.

No comments:
Post a Comment