Catatan Kita
Thursday, May 26, 2016
Wednesday, May 25, 2016
Refleksi
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Alhamdulillah selesai sudah program Jalinan Masyarakat kami bertempat di Masjid al Irsyad USJ 1, Subang Jaya selama 2 hari 1 malam. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang kami dapat sepanjang program ini berlangsung.
Berikut merupakan refleksi setiap AJK pelaksana bagi program Kem Smart Ibadah 2016 ini..
Berikut merupakan refleksi setiap AJK pelaksana bagi program Kem Smart Ibadah 2016 ini..
- Pengarah : Abdul Halim Hafiz bin Bukari -
Masa mula-mula semester 2, memang tidak ada langsung dalam benak fikiranku tentang subjek jalinan masyarakat. Mungkin, mindset seperti ini telah menafikan segala fokus yang sepatutnya dicurahkan kepada subjek yang dianggap paling penting semasa semester kedua bermula. Kendatipun, apa yang berlaku tetap jua berlaku, segala mimpi ngeri yang aku fikirkan telah jua hadir iaitu memikirkan program apa yang hendak dilaksanakan. Aku, Tuan Aizam, dan Hafizi seolah-olah tidak mengambil kisah melainkan iman sahaja yang memberikan cadangan program dan juga pelajar perempuan(skema giler) yang lain. Perkara ini telah dapat dihidu oleh pelajar perempuan, dan mereka telah merangka sendiri program apa yang hendak dijalankan. Lantaran itu berlaku perjumpaan di hadapan Perpustakaan Utama, Universiti Malaya. Aku dan Tuan Aizam tidak terfikir langsung tentang kepentingan perjumpaan di pagi ahad tersebut, kerana kami ada rancangan lain(hihi). Rupa-rupanya mereka memaksa aku untuk menjadi pengarah dalam projek jalinan masyarakat jabatan kami, aku pun hanya mampu terkejut lagi termangu, kenapa perkara yang aku tidak mahukan tetap berlaku???? Perjumpaan tersebut secara umumnya membincangkan tentang pelantikan ahli jawatankuasa dan juga program yang budak-budak perempuan(haha.. x skema dah) ingin laksanakan, iaitu program di rumah anak yatim. Perjumpaan tersebut lancar seperti juga cuaca pada pagi tersebut, tetapi langit tidak selalunya cerah. Program tersebut dilihat tidak akan direalisasikan dan budak perempuan iaitu Ecah & Ekin bertungkus lumus mencari rancangan sokongan untuk perjumpaan dengan penyelaras program kami iaitu Dr Asyiqin...... Keadaan berjaya diselamatkan dengan program smart solat di Masjid Al-Irsyad, USJ 1. Mereka yang berusaha(Ecah & Ekin terutamanya) untuk berjumpa dengan pihak masjid boleh digelar sebagai pemain paling bernilai atau MVP secara mudahnya, ini kerana keadaan terdesak tersebut telah menyebabkan mereka cuba juga untuk mencari jalan penyelesaian, pada masa yang sama memudahkan kerja budak lelaki yang nampak kaslan(aku terutamanya....hihi).
Aku perlu fast forward, sebab nak cerita perkara yang penting(cakap je yg hang ni malas) berkaitan jalinan masyarakat. Tuan Aizam bersusah payah dalam menyiapkan poster, Ekin pula banyak berurusan dengan Kak Su(watak penting dalam projek kami), Ecah pun macam biasa dengan kerjanya sebagai setiausaha, dan juga ajk yang lain bersusah-susah semasa hari sebelum dan selepas program. Kerja-kerja pembelian barang juga semakin bertambah rancak, persiapan sebelum program seperti name tag, sijil, bahan-bahan modul, dan juga berkaitan pengisian(menari terutamanya...hehe) dilihat berjalan dengan cukup lancar. Semasa hari program berlaku sedikit masalah, aku bangun lambat(malam tu berbual ngan member kat tepi jalan kk5), tetapi kami tetap meneruskan perjalanan ke masjid Al-Irsyad, USJ 1 supaya dapat melancarkan pejalanan program pada pagi tersebut....... aku tidak mahu cerita terlalu panjang, oleh itu aku mengambil keputusan untuk tidak menceritakan perjalanan semasa hari program, kerana ramai dikalangan kami yang akan menceritakan tentang detik-detik indah bersama adik-adik peserta.
Terima kasih diucapkan kepada pihak ijazah dasar atas sumbangan bahan-bahan berkaitan dengan program, ketua jabatan kami Dr Faisal yang membantu dalam segala pengesahan yang diperlukan, Dr Asyiqin sebagai penyelaras kami, Kak Su jabatan kami, Kak Su(ketua muslimat masjid al-irsyad) yang seolah-olah menjadi penyelaras kedua dalam membantu menjayakan subjek ini, rakan-rakan sejabatan yang bersama-sama menjadikan kem smart solat sebagai satu realiti walaupun banyak dugaan dan mehnah yang perlu kita sama-sama lalui bersama. Mungkin, disini sahaja coretan dan segala luahan yang ingin saya kongsikan bersama, terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat secara tidak lansung, segala memori yang terlukis ini semoga menjadi suatu pengalaman yang cukup berharga dalam kita mengharungi kehidupan sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah. Sekian, terima kasih.
- Timbalan Pengarah : Nur Asyikin binti Ahmad -
Ada sinar dihadapan
Hujan renyai membasahi diri
Kami benar benar yakin dengan diri sendiri
Sejenak berfikir siapa lagi
Kalau bukan diri ini
Ya. Masih ada yang lain disini
Tapi bila mereka mahu bangkit
Masing2 menyuarakan isi hati
Bertelagah sesama sendiri
Tiada jalan penghujungnya
Kami gagah menyuarakan isi hati
Kerana pada masa itu tiada sapa yang mahu memulakan perjuangan
Hanya sibuk bergaduh tanpa kesudahan
Kami bangun dengan harapan
Beribu rintangan aku tempuh dengan kecekalan
Hati ini sering menagis kerana dia
Kerana dia matlamat yang kami mahukan
Ingin melihat aku, dia dan kamu bersama
Bersatu hati demi Dia
Kami sanggup memerah keringat
Demi Dia
Kami tak mahukan balasan
Cuma cukup sekadar cebisan senyuman tanda penghargaan
Tapi orang kata mendung tak semestinya hujan
Begitu la nasib kami.
Segala berjalan lancar
Masing-masing memberi kerjasama
Alhamdulillah itu sahaja yang aku mampu ucapkan
Sengaja mendiamkan diri
Bukan kerana mementingkan diri
Cuma mahu berikan sedikit rasa apa yang kami rasa selama ini.
Terima kasih ku ucapkan untuk semua. Biarlah yang pahit kami telan yang manis kami sebarkan. 😊
- Setiausaha : Wan Nur Aisyah binti Wan Zakaria-
Assalamualaikum…bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih
lagi memberi peluang untuk kami melakar sebuah coretan yang mana ianya sangat
bermakna bagi kami. InsyaAllah. Pada tahun ini, kami dari pelajar tahun 1 dari jabatan
sejarah dan tamadun islam, universiti malaya diwajibkan untuk mengambil subjek
wajib universiti iaitu jalinan masyarakat. Subjek ini adalah penting bagi kami
kerana ia melatih kami untuk melibatkan diri dengan masyarakat luar. Selain
itu, subjek ini juga sekali gus dapat mempromosikan universiti kami dan
seterusnya jabatan kami kepada masyarakat umum khususnya.
Permulaan bagi cerita kami tidaklah begitu sempurna
kerana pelbagai dugaan dan cabaran telah banyak kami hadapi. Hal ini disebabkan
kami masih baru dan masih mencari keserasian diantara kami. Lantas kerana itu,
pelbagai perselisihan yang berlaku sedikit sebanyak mematahkan harapan dan
impian kami untuk menjayakan subjek ini dengan sempurna. Namun begitu, hari
demi hari kami bangkit dan sedar akan tujuan asal kami lantas menjadikan semua
itu sebagai pengkuat dan cabaran bagi kami dan menjadikan kami seorang yang
matang dan terbuka.
Selain itu, banyak yang telah kami belajar dari subjek
ini. Antaranya adalah bersikap sabar dalam semau keadaan, yang mana ada satu
masa cadangan dan idea kami ditolak dan ada juga apabila kami memerlukan
sesuatu, akan tetapi ianya tidak dilayan. Namun kami jadikan itu sebagai satu
dorongan untuk kami lakukan yang terbaik. Disamping itu, dalam subjek ini juga
telah memupuk kerjasama diantara kami semua. Perkara ini dapat dilihat ketika
mana projek kami dilangsungkan. Memang tidak semua yang dirancang akan
berhasil, namun dengan semangat kerjasama dan saling bersatu menjadikan kami
sebuah pasukan yang kuat walaupun kudrat kami hanyalah seramai 14 orang.
Seterusnya, apa yang kami belajar lagi melalui subjek ini ialah bagaimana untuk berinteraksi dengan
masyarakat luar. Hal ini kerana, projek yang dijalankan oleh kami ini melibat
komuniti, maka dengan itu ia melatih kami untuk bermesra dengan mereka dengan
beradab tanpa mengambil kira latar belakang dan pangkat mereka.
Oh lupa untuk kami beritahu dimana projek kami ini
dilakukan…hehehehe
Setelah pelbagai cadangan dan perdebatan yang kami
lalui, maka kami bersepakat memilih sebuah masjid untuk menjadikan lakaran idea
kami. Pemilihan tempat berlaku setelah pelbagai cadangan yang ditolak dan
halangan kepada kami. Masjid yang menjadi pilihan kami adalah di USJ 1, subang
jaya iaitu masjid Al-Irsyad. Program yang telah kami jalankan ini, kami namakan
ia sebagai ‘kem smart ibadah’. Dan kem ini juga mengkhususkan pelajar atau
kanak-kanak yang berumur dari 7 tahun sehinggan 9 tahun.
Namun, kem ini
tidak akan berjaya tanpa ada bantuan dan keizinan dari pihak masjid. Dengan itu,
kami telah berjumpa dengan seseorang yang kami kenali sebagai ‘kak sue’. Beliau
adalah watak penting dalam kejayaan kem ini kerana pengorbanan beliau
mempertahankan kami disaat masyarakat luar tidak mempercayai dan ragu-ragu akan
kebolehan kami. Beliau juga menjadi tonggak kepada kami untuk kami melakukan
sehabis yang mungkin untuk melihat kem ini berjaya. Kerjasama kami dengan
beliau menciptakan sebuah kenangan dan cebisan yang terindah untuk kami kenang
dan ianya masih lagi menjadi sebuah ikatan yang kuat antara kami. Disini kami
juga ingin mengucapkan penghargaan kepada penyeleras program kami, iaitu Dr.
Asyiqin kerana tanpa keizinan beliau kem ini tidak kemana. Beliau telah banyak
bersama kami untuk mengatahui perjalanan cerita kem kami ini dan banyak mencurahkan
idea kepada kami. Selain itu, tidak juga kepada ketua jabatan kami Dr, faisal
kerana banyak memberi sokongan kepada kami dalam bentuk kewangan mahupun
semangat. Dan tak lupa juga kepada ‘kak su’ daripada jabatan kami kerana telah
banyak membantu kami dari segi fizikal dan mental. Beliau juga telah banyak
mengajar kami bagaimana untuk mencari ‘sponsor’ dengan betul dan menjadi
pendengar yang setia kepada setiap masalah kami. Dan yang terakhir, terima
kasih juga kami hulurkan kepada ibubapa kanak-kanak ini yang mana telah
mempercayai kami dan meminjamkan kami permata mereka walaupun hanya sedetik
cuma. Namun ianya sangat bermakna dan terindah yang pernah kami lalui.
Cerita hati aisyah kepada semua sahabat-sahabat:
terima kasih kerana menerima saya sebagai sebahagian
daripada kalian semua dan sedia menerima segala kekurangan yang ada. Walaupun
tidak banyak membantu namun kalian tidak pernah membenci diri ini. Namun apa
yang saya hendak luahkan adalah saya sangat terharu dengan komitmen yang kalian
berikan dan sesungguhnya kekuatan yang saya lihat antara kita amatlah besar
maknanya. Dengan segala usaha dan kerjasama yang kalian berikan itu telah
merobohkan ketidakyakinan saya kepada kalian selama ini. terima kasih semua.
Saranghae…hehehehe
- Bendahari : Nur Aziah binti Seleman -
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kami berjaya melaksanakan program yang pada awalnya semata-mata untuk memenuhi tuntutan untuk lulus subjek universiti, namun jika melihat lebih jauh, ada sesuatu yang lebih berharga yang berjaya kami peroleh iaitu pengalaman dan kenangan yang tak mungkin kami dapat tanpa melalui semua cabaran sepanjang melaksanakan program ini.
Jujur kata, saya bukan lah seorang penggemar kanak-kanak sebab biasanya mereka yang berumur lingkungan 7-12 tahun sedang membesar dan sikap agresif dan nakal sangat sinonim dengan mereka. Tapi, kanak-kanak berumur lingkungan ini lah yang sebenarnya kita perlu dekati sebab usia seawal ini perlu kita didik dengan asas-asas agama (akidah, ibadah, akhlak) supaya apabila mereka keluar bergaul dengan masyarakat, mereka masih ada pendirian agama yang utuh. Ya, memang diakui tak mudah untuk mendidik mereka tapi, jika kita betul-betul ikhlas untuk sampaikan walaupun sedikit daripada ilmu kita, in shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.
Terima kasih kepada rakan sepasukan, para pensyarah, senior SEJATI, penyelaras program, AJK masjid terutamanya Ketua Muslimat (Kaksu) sebab banyak sumbangkan masa dan tenaga sebelum, semasa dan selepas program untuk bantu kami jayakan Kem Smart Ibadah 2016. Jasa baik kalian hanya Allah dapat balas dengan ganjaran yang jauh lebih baik.
Buat rakan-rakan sejabatan, Halim, Hafizi, Iman, Khairul, Kak Nazihah, Kak Hainil, Kak Aisyah, Kak Sarina, Kak Husna, Zulaika, Hajar, Asyikin dan Nabilah..minta maaf atas segala salah silap, perkataan dan perbuatan yang mengguris hati, menyesakkan dada dan apa-apa perasaan yang kurang enak yang timbul. Mohon jangan menyesal untuk bekerja lagi dengan saya.
Akhir kata, semoga ukhuwah yang terjalin bersama sahabat, kaksu, adik-adik peserta diredhai Allah, amiin :)
- AJK Makanan : Miss Husana Baite -
Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya kami telah diberikan ruang dan peluang untuk menjalankan satu program bagi kursus jalinan masyarakat .. Sepanjang menjalankan program ini,pelbagai cabaran dan halangan telah saya dan ahli kumpulan hadapi.
Melalui program Kem Smart Ibadah ini ,saya memperolehi banyak pengalaman dan ilmu baharu yang mana sangat berharga sekali.Dalam progrem ini saya belajar semangat kerjasama dalam pasukan serta belajar menerima kelebihan dan kekurangan seseorang itu.
Saya juga belajar bagaimana cara berkomunikasi denganorang lain terutama dangan kanak-kanak. Walaupun pelbagai kesukaran dan yang kami perlu hadapi untuk menjayakan progrem ini ,tetapi melalui kesukaran itulah saya dapat belajar bertapa susahnya untuk berjaya dan di sebalik kejayaan itu perlukan pengorbanan dan usaha yang tinggi.Alhamdulillah berkat kerjasama dan kesabaran, kami dapat menjayakan progrem ini dengan jayanya.
Dalam progam Kem Smart Ibadah ini ,saya peroleh banyak ilmu baru dan sangat berharga sekali. terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya yang banyak membantu sepanjang menjayakan program ini, dengan usaha yang gigih dan semangat berpasukan alhmdulillah berkat izin Allah kita dapat selesaikan program ini dengan jayanya
- AJK Makanan : Jurairat Minsa-ait -
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sayang semua. Saya Jurairat (sarina) berasa bersyukur yang teramat sangat kerana telah selesainya Tugasan kami,pelajar sejarah dan Tamadun Islam. Pada 23-24 April 2016 yang lalu, saya telah ditaklifkan untuk menjadi fasilitator Kem Smart Ibadah yang diadakan di Masjid al-Irsyad ISJ 1 Subang Jaya. Kem ini adalah kem yang pertama untuk saya di Malaysia. Saya berasa sangat gembira dalam kem ini, kerana semua orang membantu antara satu sama lain dan perpaduan. Kem ini mempunyai kesusahan kaitan kenakalan peserta, namun fasi-fasi pembantu penjagaan peserta baik. pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan yang berlegar-legar dalam minda ialah mampukah kami menyiapkan tugasan ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Walau bagaimanapun kami tetah menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran, kami antara ahli kumpulan sering berkerjasama sepanjang menjalankan kem ini. Hal ini sangat membantu kami menjalankan tugasan ini dengan. Setiap ahli kumpulan memberi kerjasama dengan baik.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menjalankan kem ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang kami berikan menepati kehendak yang diperlukan. paling penting, pengetahuan dan kemahiran yangtelah kami pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.
- AJK Pengangkutan : Muhammad Khairul Iman bin Hussin -
Bismillah,
Alhamdulilliah, selesai sudah perjalanan diriku sebagi seorang fasi dalam program Jalinan Masyarakat: KEM SMART IBADAH anjuran pelajar tahun 1 SEJATI UM dengan kerjasam pihak Masjid Irsyad USJ, khususnya KAK SU.
Bermula dari awal program sehingga tamat, saya merasa gembira kerana dapat berkerjasama dengan mereka-mereka yang bertungkus lumus untuk menjayakan program sebegini rupa. Teman-teman perjuangan yang terdiri daripada pelbagai biro dan juga teman fasi sekumpulan, saudari Hajar, adalah sebuah pasukan yang saya kira sangat efisien dan professional terhadap tugas ynag diberi.
Secara keseluruhan, saya melihat dari sudut sambutan daripada para peserta iaitu lebih kurang 37. Ianya sesuatu yang indah kerana mereka kelihatan gembira dan senang dengan layanan yang telah kita berikan kepada mereka.
Kebaikan setelah program ini terlalu banyak. Adapun, antaranya:
1) Saya dapat mengenali sahabat,teman dan kawan seperjuangan saya dengan lebih dekat dan mesra
2) Saya dapat belajar untuk berhubung dengan pihak luar secara professional
3) Saya dapat mengenali masyarakat luar secara lebih dekat
4) SAYA DAPAT BELAJAR UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SAYA, DENGAN MELIHAT KEHIDUPAN MASYARAKAT DI LUAR SANA SEBAGAI CERMINAN KEPADA SAYA PADA MASA KINI DAN MASA AKAN DATANG, KHUSUSNYA PESERTA YANG TERDIRI DARIPADA KANAK-KANAK TERSEBUT.
Seterusnya, setiap program itu mesti ada kekurangannya sedikit. Adapun, mungkin disebabkan kelebihan dan kekuatan yang ada pada program tersebut, sedikit sebanyak menenggelamkan kekurangan tersebut. Walaubagaimanapun, antara kekurangannya adalah:
1) Perlunya kepada pemantapan modul dan pengisian(saya bagi 3 bintang setengah daripada lima bintang) ataupun memuaskan
2) Perlunya seorang fasi itu mempunyai sifat yang dinamik supaya, boleh masuk ke dalam dunia masyarakat.
Kesimpulannya, saya sayangkan kenangan dalam program Jalinan Masyarkat yang lalu, dan saya harap, moga untuk program yang akan datang kita akan terus berusaha bagi mencapai tahap kesempurnaan objektif program. Sekali lagi, terima kasih kepada semua dan mohon maaf sekiranya ada kekurangan kata, tingkah laku yang membuatkan kalian terasa.
Wassalam.
- AJK Multimedia dan Tugas-tugas Khas : Tuan Khairul Asyraf bin Tuan Rosedi -
Pada 23-24 April 2016 yang lalu, saya Tuan Khairul Asyraf bin Tuan Rosedi telah ditaklifkan untuk menjadi fasilitator Kem Smart Ibadah yang diadakan di Masjid al-Irsyad ISJ 1 Subang Jaya. Program ini telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat komen-komen yang baik daripada ibubapa peserta. Saya selaku fasilitator merasakan kem ini dapat memberikan pengalaman yang berharga kepada para peserta. Kem ini amat terbaik bagi saya kerana semua urusetia dan fasilitator masing-masing memainkan peranan masing-masing ketika kem berlangsung walaupun pada awal-awal dahulu hanya segelintir sahaja yang memberikan kerjasama. Tetapi alhamdulillah, kem ini berjalan dengan begitu lancer sekali. Ada segelintir peserta kem ini yang mempunyai perangai yang nakal sedikit dari peserta yang lain. Jadi, kami perlu memberi perhatian yang lebih sedikit kepada mereka bagi melancarkan lagi kelangsungan program. Moment yang paling saya tidak boleh lupa adalah bila kami sambut birthday salah seorang peserta kami. Betapa bertuahnya dia. Apa pun, Kem Smart Ibadah ni antara kem yang terbaik pernah saya sertai. Kalau boleh, ingin lagi saya membuat program ini di sana dan bertemu lagi dengan peserta-peserta yang saya rindui.
- AJK Pengisian dan Protokol : Nur Nazihah binti Md Yunus -
assalamualaikum, and haii sy dari bahagian pengisian utk "kem smart ibadah" semua boleh panggil sy fesi kak naz 👋. firstly dapat tugasan memang terasa berat nak pikul. Tapi alhmdulillah dgn bimbingan rakan2 jabatan and partner work yg supportive, saya dapat jalankn tugas ni dengan jayanya. Pada mulanya group kami hilang arah, ke mana tempat yg sesuai utk jalankan JM ni? macam2 idea yg keluar tp semua temui jalan buntu. And one day, maybe Allah btul2 nk bntu kami, ada yg cuba buka jalan utk buat kem smart ibadat ni even pada awal nye mcm cliche sgt😅 But suddenly kem ni jugak yg buat kami satu jabatan bekerjasama utk menjayakan JM kali ni. Apa yg boleh saya simpulkan, sepanjang kem ni brlangsung even ada yg kurang dari bahagian saya, tapi jelas wajah keceraian anak2 kariah masjid al-irsyad trgmbar satu2 diwajah mereka. Alhmdulillah tidak trhingga kpd Allah serta ahli kariah msjid yg banyak mmbntu kami membanting tenaga sepanjang kem ni berlangsung. Ribuan t.kasih juga kpd rakan2, pnyeleras program dr asyikin, ajk masjid al-irsyad serta ibubapa yg mmbri kepercayaan penuh kpd kami utk mengendalikan kem ni brsama anak2 mereka.
- AJK Tajaan dan Sumbangan : Nurul Nabilah binti Abu Hassan -
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sayang semua..saya Nurul Nabilah berasa bersyukur yang teramat sangat kerana telah selesainya tugasan kami, pelajar tahun 1 sejarah dan Tamadun Islam.
Alhamdulillah atas program jalinan masyarakat yg merupakan subjek teras universiti ini dapat merapatkan ukhwah antara kami sejabatan bahkan hubungan dengan masyrakat di tempat program..selain itu, dengan program sebegini kami dapat belajar membuat program secara tak langsung serta program sebegini dapat mematangkan fikiran, perangai dan cara berkomunikasi kami. saya berasa teramat gembira sepanjang program ini diadakan daripada permulaan nya hingga ke penghujungnya..pada tarikh 23-24 april merupakan kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan kerana ia merupakan bermulanya pembeljaran kami semua bersama dengan masyarakat di USJ 1 khususnya kanak-kanak yang menyertai kem.
- AJK Pengisian dan Protokol : Nur Zulaika binti Kamarudin -
Jalinan
Masyarakat (JM) merupakan salah satu subjek universiti yang wajib diambil oleh
setiap pelajar Universiti Malaya. Pada awalnya saya hanya mengambil mudah bagi
subjek ini. Tetapi apabila mendengar penerangan daripada pensyarah menjelaskan
bahawa pelajar diwajibkan untuk membuat program sendiri bagi setiap jabatan
dengan mencari dana sendiri, perlu mencari tempat untuk program dan sebagainya,
saya berasa kurang yakin dengan kekurangan tenaga kerja, hanya 14 orang dan
beberapa daripada mereka (nama2 dirahsiakan) kurang memberi komitmen. Makin bertambah
geram mereka (tak termasuk saya) yang
bertungkus-lumus untuk melaksanakan program ini. Tetapi dengan mereka yang
mempunyai sifat sabar yang tinggi, akhirnya berjaya untuk memulakan gerak kerja
setelah mendapat tempat (Masjid Al-Irsyad, Subang) untuk menjayakan subjek JM
ini.
Alhamdulillah. Apabila kami telah mendapat berita ini barulah saya nampak
komitmen yang baru hendak ditonjolkan oleh beberapa daripada kami yang selama
ini hanya senyap sahaja apabila hal JM dibangkitkan. Pelbagai persiapan dan
kelengkapan kami lakukan 2 hari (sudah sedia maklum kami memang suka siapkan
kerja last minute) sebelum 23 April iaitu hari program kami (Kem Smart
Ibadah) di Masjid Al-Irsyad, Subang. Mujurlah pihak masjid tersebut memberi
kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan Kem Smart Ibadah kepada kanak-kanak
yang berumur 7 hingga 9 tahun. Alhamdulillah. Saya dapat melihat kelancaran
program ini berlangsung dengan baik dan memuaskan hati kami, pihak masjid serta
ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke program ini. Saya juga berasa
sangat gembira dan teruja dengan komitmen yang ditonjolkan oleh ahli kelas
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam dan dua orang kakak Thailand.
Banyak kenangan
manis yang saya dapat dalam mengendalikan program ini. Pertama sekali saya
dapat belajar pentingnya kerjasama dalam satu pasukan dalam satu organisasi,
kedua, saya dapat kenal pasti setiap perangai dan sifat rakan-rakan sekelas
saya yang pada awalnya hanya perwatakan baik sahaja ditunjuk oleh mereka tetapi
masyaAllah…rupa-rupanya keluar juga perangai gila-gila(sporting) mereka.
Sepanjang program ini berlangsung saya dapat rasakan bonding antara kami
makin rapat seperti keluarga (#bonding#love#family). Saya berharap pada masa
akan datang kita semua dapat melakukan program lain bersama-sama dengan
jayanya. Di sini saya ingin memohon maaf andai diri ini ada menyakiti baik dari
segi perkataan atau perbuatan, dalam sedar atau tidak sedar sepanjang kita
berkawan.
- AJK Tajaan dan Sumbangan : Siti Hajar binti Pandi -
Daripada program smart ibadah yang telah kami anjurkan, terdapat banyak kebaikan pengalaman yang dapat diambil, sebagai contoh kerjasama antara fasilitator sendiri untuk menjayakan program ini, susah payah yang kami hadapi bersama serta komitmen yang padu daripada kami bagi menjayakan program smart ibadah tersebut. Serta pengalaman bersama adik-adik yang comel dan nakal menguji kesabaran untuk mengendalikan mereka dalam program kami. Tetapi sokongan yang padu daripada semua yang terlibat termasuk pensyarah kami bagi meneruskan dan menjayakan program kami ini.
......................
Sekian sahaja refleksi daripada kami, pelajar tahun 1 Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam. Doakan kami agar berpeluang untuk menganjurkan program kemasyarakatan agar kami selaku mahasiswa tidak hanya mentelaah pelajaran semata-mata tetapi juga cakna dengan isu kemasyarakatan dan dapat berbakti buat masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya.
Tuesday, May 24, 2016
Perjalanan "KEM SMART IBADAH"
SABTU, 23 APR 2015
6.30a.m, KOLEJ KEDIAMAN, UM,
Perjalanan "KEM SMART IBADAH" ini bermula pada waktu pagi2 ni. Cadangnya akan bergerak bersama-sama tapi sebuah kereta mengalami masalah pagi tu. Jadi hanya 2 buah kereta yang bergerak dulu untuk pergi ke lokasi berkenaan.
7.30a.m, MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Kami mula "setting" tempat untuk pendaftaran ibubapa serta peserta. Alhamdulillah persiapan yang cukup lengkap telah kami sediakan pada malam sebelum bergerak. "Around" pukul 8.00a.m, telah datang beberapa ibubapa dengan peserta untuk mendaftar walaupun sepatutnya pendaftaran bermula pada pukul 9.00a.m. Sepanjang pendaftaran tiada sebarang masalah, dan para peserta juga kelihatan agak seronok untuk mengikuti program yang telah kami susun sepanjang 2 hari ini. Alhamdulillah sangat2....
9.45A.M, MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Maka bermulalah program ini. Setelah semua peserta telah mendaftar, kami mengumpulkan mereka di dewan masjid. Ucapan telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid tersebut bagi memudahkan segala urusan kami serta peserta sepanjang 2 hari ini. Sesi perkenalan antara fesi2 merupakan slot pertama kami. kemudian untuk mengenali para peserta ini kami telah membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan mengikut kategori tertentu. Ini merupakan "game" pertama untuk peserta, bagaimana mereka perlu mendengar dengan jelas suara bagi setiap kumpulan mereka. Alhamdulillah... 5 kumpulan telah pun berjaya dibentuk hanya dalam masa tak sampai 10 MINIT !!! Syabas adik-adik!
Slot seterusnya barulah kami masuk kepada bab ibadah seperti cara-cara soalt yang betul. kami telah membahagikan mengikut LDK tertentu. Untuk LDK pertama ini, kami tumpukan kepada bab "WUDUK". Dimana para peserta telah diberikan penjelasan tentang berwuduk ini serta ada sedikit perkongsian video untuk tontonan kepada para peserta. Selepas itu mereka akan membuat praktikal wuduk mengikut fesi2 mereka. Ldk 1 ini tamat pada pukul 11.30a.m.
12.00a.m, DEWAN MASJID al-IRSAYD, SUBANG,
LUNCH TIME !! ok, tepat pukul 12p.m, kami telah lepaskan para peserta ini untuk makan tengah hari. Macam biasa, budak2, kalau dapat makan dan kena pada waktu lapar mereka, memang kita tak mampu untuk halang. Jadi, this is our bad, tak dapat nak handle peserta untuk "behave" waktu makan. Tapi selepas Tu, kami dah dapat idea macam mana nank handle budak-budak ni. (hehe) Abis je makan, mereka sudah bersiap untuk solat berjemaah yang diketuai salah sorang dari kami. Alhamdulillah selesai untuk makan tengah hari dan "lunch".
2.30p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Bermula LDK ke-2 kami, iaitu "JOM SOLAT". Kalau ikutkan masa ni kami paling risau. Risau budak-budak ni tak boleh fokus sebabnya baru lepas makan tengah hari katakan. Tapi alhamdulillah, mereka semua ok dan masih semangat lagi untuk teruskan LDK 2 ini. Macam biasa, penerangan berkenaan solat yang betul ni telah diterangkan oleh salah sorang dari fesi yang bertugas untuk "handle" LDK 2 ni. Tepat jam 3.30p.m, LDK ni tamat selepas peserta membuat praktikal dan tasmik bacaan dalam solat.
4.30p.m, MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Para peserta bersiap sedia untuk soalt berjemaah sekali lagi sebelum minum petang. Selesai soalt berjemaah, mereka diberikan minum petang sebelum melakukan sedikit riadah petang tu. Maklumlah dah seharian belajar, so kami bagi budak-budak ini enjoy. Antara aktiviti petang yang telah kami sediakan ialah, cari gula-gula dalam trpung dan isi air dalam botol. Alhamdulillah mereka terhibur walaupun permainan tu yang pernah mereka main disekolah mungkin?? (hihi)
6.00p.m, BILIK MANDI MASJID, SUBANG,
Kami telah lepaskan mereka untuk hemat diri. Beberapa orang fesi memantau segala pergerakan mereka supaya tiada istilah gaduh-gaduh ini wujud sewaktu mandi, Maklumlah mandi di masjid, bilik air bukan banyak pun jadi mereka terpaksa tunggu "turn" masing-masing. Perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki.
7.00p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Mereka telah bersiap-siap untuk solat berjemaah maghrib. Alhmdulillah, masing-masing dah tahu apa yang mereka patut buat, seperti susun sejadah untuk imam dan juga makmum. Kami mula solat berjemaah. Sepatutnya mereka makan malam pada pukul 6.00p.m itu, tapi disebabkan makan malam lambat sampai, jadinya kami terpaksa "drag" masa tu. Nasib baik lah mereka boleh tahan lapar.(haha)
7.30p.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Kami telah lepaskan mereka mengikut kumpulan. Alhmdulillah menu malam itu nampak sedap. Berselera mereka serta fesi makan tu malam tu. Alhamdulillah ya ALLAH untuk rezeki-MU itu. Selepas makan, mereka berkumpul semula dalam dewan untuk mendengar tazkirah. Bukan tazkirah sangat sebenarnya, lebih kepda bercerita tentang kisah-kisah Nabi sementara menunggu waktu Isyak. 8.45p.m,kami solat berjemaah sekali lagi.
9.15p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selesai mengemas sejadah semua, maka bermulalah aktiviti malam tu. Masa ni dah mulalah budak-budak tu mintak tidur..Ushh, kami tengok jam, awal lagi ni belum waktu tidur. Ok, "next" kami buat aktiviti perkongsian lebih pada "sharing moment". Bercerita, menonton video berkenaan kisah-kisah sarjana Muslim. Alhmdulillah dalam mengeluh mereka tu ada juga menunjukkan minat untuk mendengar. Syukur sangat. Sambil bagi mereka makan ringan-ringan macam roti tu alaa ni kira macam tengok wayang sambil makan "pop-corn" lah. (hhihi)
10.00p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Ok, cukup setakat tu je aktiviti kami untuk seharian ni. Kesian dekat budak-budak tu. Abis kami lanjan mereka cukup-cukup seharian ni, sampai ke malam aktivitinya. Konpem penad, jadi tepat jam 10 malam, kami "prepare" tempat mereka untuk tidur. Kemainlah seronok dah sampai waktu tidurkan. Tapi agak payah gak nk tidurkan budak-budak ni, sebabnya ada je benda mereka nak bercerita. Pada hal tak sedar tu, esok pagi nak kena bangun awal (hehe). Haishhh dah nama pun budak-budak kan, kami bagi ruang untuk mereka bercerita sampai lah mereka tidur sendiri. LAMPU PADAM.
10.30p.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Siapa cakap fesi pun tidur time ni? Kami mulakan "post mortem" kami malam tu jugak. Segala masalah berbangkit kami cuba bincang dan cari penyelesaian pada malam tu juga. Lama juga lah sebab nya bersiap utuk esok juga, Susun atur untuk program penutup pada petang esoknya. Alhamdulillah dalam pukul 12.00a.m, selesai sudah "post mortem' kami ni. Maka kami pun dapat tidur dengan tenangnya dan perlu simpan tenaga untuk hari esoknya. GELAP.
AHAD, 24 APR 2016
4.30a.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
KRINGGGG !! ok, jam dah berbunyi.Masa unruk kejutkan semua orang bangun. Mula-mula kami yang fesi ni fikir, susah kot nak kejut budak-budak ni bagun pagi. Maklum lah kat rumah tak pernah bagun seawal tu. Kalau nak pergi sekolah pun "around" pukul 6,00a.m baru bagun. Tambah-tambah lagi "weekend" lak hari ni. Tapi "expectation" kami tu ternyata SALAH. Budak- budak ni rupa nya senang je nak bangun pagi. Alhamdulillah.
5.15a.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selepas mereka bangun dan bersiap sedia dengan wuduk.Kami mulakan solat dengan solat sunat tahajut. Selepas itu diikuti dengan solat sunat yang lain. Alhamdulillah semua peserta melibatkan diri dalam Qiam ni. Selepas qiam selesai, macam biasa kami berzikir sementara menungguh azan subuh berkumandang. kemudian kami solat subuh secara berjemaah.
7.00a.m, PADANG MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Setelah selesai sesi tazkirah, kami meminta para peserta untuk menyalin pakaian mereka kepada pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti pada pagi itu. Sedikit senaman pagi telah dilakukan di padang luar masjid. Senaman pagi ini telah dikendalikan salah seorang daripada kami. Semetara fesi yang lain bersiap untuk sarapan pagi dan ada juga yang membantu dari segi persediaan untuk LDK 3.
7.30a.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selesai sarapan, mereka telah diberi taklimat untuk LDK 3 iaitu "JOM KEMBARA". Aktiviti ni lebih kepada "explorace" sebenarnya. Pada awalnya kami hanya nak buat permainanbiasa-biasa sahaja maklum lah hari "last" dalam kem, so nk bagi budak-budak ini enjoy. Tapi pengarah yang mintya untuk dibuat aktiviti yang dapat "recall" wsepanjang 2 hari mereka ikuti kem ni. So, kami pun buat lah aktiviti ni. Alhmdulillah, mereka faham bagaimana aktiviti ni bergerak.
8.30a.m, DATARAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selepas diberi rehat beberapa minit, kami mula mengumpulkan para peserta untuk LDK seterusnya ni. Kami lepaskan mereka mengikut kumpulan dan setiap mkumpulan akan pergi ke tempat masing-masing mengikut "clue" yang telah diberikan. Dan di tempat "check point" tersebut mereka perlu melakukan beberapa aktiviti mengikut arahan fesi yang jaga tempat tersebut. Antara aktivitinya ialah seperti, Rukun Solat, Wuduk, Teka Perkataan, Bilangan Solat, dan Dadu Gergasi. Alhamdulillah setiap kumpulan dapat menyelesaikan aktiviti ni dengan jayanya. SYABAS adik-adik!
10.00a.m, BILIK MANDI MASJID
Tamat sudah LDK 3 yeahhh! Opss, belum habis lagi. Ok, untuk majlis penutup pula. Sebelum tu, selepas budak-budak ni rehat keringkan peluh semua, baru kami benarkan mereka untuk mandi. Seperti biasa, ada beberapa orang fesi yang akan memantau pergerakkan peserta. Mereka bersiap dengan berbaju kurung bagi perempuan dan kemeja atau baju melayu bagi lelaki. Alhmdulillah selesai untuk pakaian peserta. Kemudia kami bagi sedikit taklimat sepanjang perjalanan program untuk petang itu. Alhmdulillah semua memberi respon ynag baik. Tapi baru lagi, kami tak boleh nak "expect" petang tu program berjalan dengan jaya nya lagi. Kita kena lihat macam mana keadaan mereka pada waktu petang tu.
11.00a.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Masa untuk minumpagi. Kesian mereka sebenarnya, makanan untuk minum pagi tu tak disediakan oleh pihak sponser. Mereka salah maklum tapi nasib baik lah kami dapat "back-up" dengan roti dan alhamdulillah siak masjid pun turut membantu kami pada pagi tu untuk penyediaan air.
12.30p.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
LUNCH TIME AGAIN, mungkin yang terakhir. Ok. kali ni terasa sikit sebab budak-budak ni baru mula nak bermanja dengan kita. Suap-menyuap diantara peserta dan fesi. Agak hiba bila terkenangkan peristiwa ni. Moga Allah rahmati program kami ni. AMIIN.
2.30p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG
Maka inilah detik-detik yang di nanti-nantikan. Semua peserta menanti kehadiran ibu bapa mereka. Sementara itu, persiapan tempat duduk untuk para ibu bapa sudah pun tersedia hanya menanti kehadiran vip, tak adalah vip sangat tapi menanti penyelaras kami, iaitu Dr. Asyiqin. Selepas kehadiran penyelaras kami serta nazir masjid, maka majlis pun bermula dengan ucapan aluan dari pengarah program kami iaitu Abdul Halim Hafiz serta diikuti penyelaras program Dr. Asyiqin dan juga Nazir Masjid.
Selepas selesai ucapan aluan, seterusnya sesi penyerahan sijil penyertaan dan sedikit cenderahati kepada peserta serta pihak masjid dan tak lupa kepada sponser makan minum kami di sana. Akhir sekali, persembahan spontan sebenarnya dari peserta kepda ibu bapa masig-masing. "Unexpected" sebabnya kami "just" tunjuk persembahan tu, sekali dua je pada budak-budak tu. Tapi dah namanya budak, dan akal masih "fresh orang kata, benda baru mudah je depa nak ingat, ye idok? Alhamdulillah persembahan yang tak dijangka itu berakhir dengan baik sekali. TERIMA KASIH SEMUA <3
4.15p.m, MASJID al-IRSYAD, SUBANG
Berakhir sudah program kami iaitu "KEM SMART IBADAH" menarik tak? Sesi terakhir iaitu bergambar bersama para peserta serta bersalaman sebelum berpisah. Alhamdulillah semua masih ingat lagi nama-nama fesi itu yang PENTING ! (haha) Terima Kasih tak terhingga kami ucapan kepada AJK Masjid al-Irsyad yang sudi membantu dan paling penting memberi kami peluang untuk mengadakan program sebergini. Alhamdulillah...Syukur ya Rabb.
5.00p.m, DATARAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Sebelum kami melabuhkan tirai, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program kami ni. Walaupun ini merupakan program pertama yang dikendalikan kami, tapi kepercayaan yang ada dalam diri tiap ibu bapa peserta amat kami hargai dan kagum. Terima Kasih semua ! Dengan ini, saya mengumumkan "KEM SMART IBADAH" sesi 2015/2016 melabuhkan tirai nya tepat jam 5.30p.m bersamaan hari Ahad, 25 Apr 2016. THE END.
AHAD, 24 APR 2016
4.30a.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
KRINGGGG !! ok, jam dah berbunyi.Masa unruk kejutkan semua orang bangun. Mula-mula kami yang fesi ni fikir, susah kot nak kejut budak-budak ni bagun pagi. Maklum lah kat rumah tak pernah bagun seawal tu. Kalau nak pergi sekolah pun "around" pukul 6,00a.m baru bagun. Tambah-tambah lagi "weekend" lak hari ni. Tapi "expectation" kami tu ternyata SALAH. Budak- budak ni rupa nya senang je nak bangun pagi. Alhamdulillah.
5.15a.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selepas mereka bangun dan bersiap sedia dengan wuduk.Kami mulakan solat dengan solat sunat tahajut. Selepas itu diikuti dengan solat sunat yang lain. Alhamdulillah semua peserta melibatkan diri dalam Qiam ni. Selepas qiam selesai, macam biasa kami berzikir sementara menungguh azan subuh berkumandang. kemudian kami solat subuh secara berjemaah.
7.00a.m, PADANG MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Setelah selesai sesi tazkirah, kami meminta para peserta untuk menyalin pakaian mereka kepada pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti pada pagi itu. Sedikit senaman pagi telah dilakukan di padang luar masjid. Senaman pagi ini telah dikendalikan salah seorang daripada kami. Semetara fesi yang lain bersiap untuk sarapan pagi dan ada juga yang membantu dari segi persediaan untuk LDK 3.
7.30a.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selesai sarapan, mereka telah diberi taklimat untuk LDK 3 iaitu "JOM KEMBARA". Aktiviti ni lebih kepada "explorace" sebenarnya. Pada awalnya kami hanya nak buat permainanbiasa-biasa sahaja maklum lah hari "last" dalam kem, so nk bagi budak-budak ini enjoy. Tapi pengarah yang mintya untuk dibuat aktiviti yang dapat "recall" wsepanjang 2 hari mereka ikuti kem ni. So, kami pun buat lah aktiviti ni. Alhmdulillah, mereka faham bagaimana aktiviti ni bergerak.
8.30a.m, DATARAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Selepas diberi rehat beberapa minit, kami mula mengumpulkan para peserta untuk LDK seterusnya ni. Kami lepaskan mereka mengikut kumpulan dan setiap mkumpulan akan pergi ke tempat masing-masing mengikut "clue" yang telah diberikan. Dan di tempat "check point" tersebut mereka perlu melakukan beberapa aktiviti mengikut arahan fesi yang jaga tempat tersebut. Antara aktivitinya ialah seperti, Rukun Solat, Wuduk, Teka Perkataan, Bilangan Solat, dan Dadu Gergasi. Alhamdulillah setiap kumpulan dapat menyelesaikan aktiviti ni dengan jayanya. SYABAS adik-adik!
10.00a.m, BILIK MANDI MASJID
Tamat sudah LDK 3 yeahhh! Opss, belum habis lagi. Ok, untuk majlis penutup pula. Sebelum tu, selepas budak-budak ni rehat keringkan peluh semua, baru kami benarkan mereka untuk mandi. Seperti biasa, ada beberapa orang fesi yang akan memantau pergerakkan peserta. Mereka bersiap dengan berbaju kurung bagi perempuan dan kemeja atau baju melayu bagi lelaki. Alhmdulillah selesai untuk pakaian peserta. Kemudia kami bagi sedikit taklimat sepanjang perjalanan program untuk petang itu. Alhmdulillah semua memberi respon ynag baik. Tapi baru lagi, kami tak boleh nak "expect" petang tu program berjalan dengan jaya nya lagi. Kita kena lihat macam mana keadaan mereka pada waktu petang tu.
11.00a.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Masa untuk minumpagi. Kesian mereka sebenarnya, makanan untuk minum pagi tu tak disediakan oleh pihak sponser. Mereka salah maklum tapi nasib baik lah kami dapat "back-up" dengan roti dan alhamdulillah siak masjid pun turut membantu kami pada pagi tu untuk penyediaan air.
12.30p.m, DEWAN MAKAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
LUNCH TIME AGAIN, mungkin yang terakhir. Ok. kali ni terasa sikit sebab budak-budak ni baru mula nak bermanja dengan kita. Suap-menyuap diantara peserta dan fesi. Agak hiba bila terkenangkan peristiwa ni. Moga Allah rahmati program kami ni. AMIIN.
2.30p.m, DEWAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG
Maka inilah detik-detik yang di nanti-nantikan. Semua peserta menanti kehadiran ibu bapa mereka. Sementara itu, persiapan tempat duduk untuk para ibu bapa sudah pun tersedia hanya menanti kehadiran vip, tak adalah vip sangat tapi menanti penyelaras kami, iaitu Dr. Asyiqin. Selepas kehadiran penyelaras kami serta nazir masjid, maka majlis pun bermula dengan ucapan aluan dari pengarah program kami iaitu Abdul Halim Hafiz serta diikuti penyelaras program Dr. Asyiqin dan juga Nazir Masjid.
Selepas selesai ucapan aluan, seterusnya sesi penyerahan sijil penyertaan dan sedikit cenderahati kepada peserta serta pihak masjid dan tak lupa kepada sponser makan minum kami di sana. Akhir sekali, persembahan spontan sebenarnya dari peserta kepda ibu bapa masig-masing. "Unexpected" sebabnya kami "just" tunjuk persembahan tu, sekali dua je pada budak-budak tu. Tapi dah namanya budak, dan akal masih "fresh orang kata, benda baru mudah je depa nak ingat, ye idok? Alhamdulillah persembahan yang tak dijangka itu berakhir dengan baik sekali. TERIMA KASIH SEMUA <3
4.15p.m, MASJID al-IRSYAD, SUBANG
Berakhir sudah program kami iaitu "KEM SMART IBADAH" menarik tak? Sesi terakhir iaitu bergambar bersama para peserta serta bersalaman sebelum berpisah. Alhamdulillah semua masih ingat lagi nama-nama fesi itu yang PENTING ! (haha) Terima Kasih tak terhingga kami ucapan kepada AJK Masjid al-Irsyad yang sudi membantu dan paling penting memberi kami peluang untuk mengadakan program sebergini. Alhamdulillah...Syukur ya Rabb.
5.00p.m, DATARAN MASJID al-IRSYAD, SUBANG,
Sebelum kami melabuhkan tirai, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program kami ni. Walaupun ini merupakan program pertama yang dikendalikan kami, tapi kepercayaan yang ada dalam diri tiap ibu bapa peserta amat kami hargai dan kagum. Terima Kasih semua ! Dengan ini, saya mengumumkan "KEM SMART IBADAH" sesi 2015/2016 melabuhkan tirai nya tepat jam 5.30p.m bersamaan hari Ahad, 25 Apr 2016. THE END.
Subscribe to:
Comments (Atom)



































