Wednesday, April 20, 2016

Cerita di Kelantan


13/04/2016 - RABU ( 10.00 AM - 6.00 PM )
LOKASI : KOTA BHARU, KUALA BESUT, TOK BALI
AHLI YANG TERLIHAT :
WAN NUR AISYAH BINTI WAN ZAKARIA
NUR ASYIKIN BINTI AHMAD
NUR ZULAIKA BIN KAMARUDIN


Perjalanan pergi le kota bharu dengan bertemankan ibu ( aisyah ). Kami telah singgah makan di Tokbali. Kami telah pekena nasi dagang terbaik punya
Akan tetapi bukan itu yang kami nak ceritakan akan tetapi alasan kami pergi ke kota bharu. Pada asalnya kami ingin ke sana untuk suka namun apabila memikirkan program kami yang semakin hampir dan kewangan masih belum mecukupi kami terpaksa melepaskan waktu suka-suka kami untuk program itu. 
Persiapan yang telah kami lakukan sebelum pergi ke kota bharu adalah mempersiapkan tabung sumbangan untuk kami kutip di sekitar kota bharu. Cadangan ini dicandangkan oleh Asyikin dan kami ini hanya pengikut yang setia...hehehehe
Sebelum pergi menjalankan kegiatan kami, kami telah pergi ke kedai borang untuk kami membeli barang ( gula-gula dan biskut ) untuk kami bagi goodies bag kepada peserta nanti
Sampai di kota bharu kami telah pergi ke sekitar Komplek Batik Kelantan. Namun kegiatan kami tidak memdapat respon oleh peniaga-peniaga disitu. Lalu kami telah ke Pasar Siti Khadijah. Maka disitu bermula aktiviti kami. Kami telah meminta dari kedai kedai untuk memdapatkan sedikit dana bagi menampung kewangan program kami.
Setelah selesai aktiviti kami di pasar siti khadijah, kami telah singgah makan di restoran nasi ulam yang sangat popular di kb ini, dan beransur-ansur pulang.
Dalam perjalanan pulang kami telah singgah ke kedai cenderahati yang mana teletak di Kuala Besut untuk kami membeli cenderahati ( cawan ) untuk kami bagi kepada peserta yang mana sebanyak 40 pcs.
Ooohh lupa nk cakap disini selain dari kami mengutip dana di Pasar Siti Khadijah, kami juga telah ke kedai-kedai runcit untuk meminta sumbangan ikhlas dan kami juga telah meletakkan tabung kami di kedai runcit di tol bali.
Sesungguhnya pengalaman yang kami dapat dalam sesi mengutip dana adalah sebuah pengalaman yang bernilai yang tidak akan dapat kami lupakan sepanjang hidup. Waluapun meminta-minta ini tidaklah digalakkan dalam islam namun sekurang-kurangnya kami telah merasainya dan anda bila lagi
p/s : jangan buat kalau tidak kuat hati
      : jangan buat untuk keuntungan dan urusan peribadi
      : gunalah untuk saluran dan niat yang betul